Saturday, December 20, 2008

Bagaimana menghadapi krisis makanan global?

  1. Pertubuhan Makanan dan Pertanian Dunia (Food and Agriculture Organisation) menyatakan dalam laporan mereka baru-baru ini bahawa hampir satu bilion manusia sedang mengalami kekurangan zat makanan. Perlukah mereka terus berlapar?
  2. Bilangan penduduk dunia terus meningkat, pendapatan mereka juga secara umumnya semakin naik. Secara teori, ini menyebabkan jumlah pemakanan per kapita juga meningkat. Tetapi adakah harga makanan juga perlu terus melambung?
  3. Jawapan kepada kedua-dua soalan di atas ialah tidak perlu.
  4. Mudah sahaja. Apabila pendapatan meningkat, tidak semestinya perlu meningkatkan jumlah pemakanan per kapita kita. Kata mudahnya, tak perlulah makan lagi banyak.
  5. Oleh itu, permintaan kepada makanan tidak akan melebihi jumlah pengeluaran. Lalu, harga purata makanan akan berjaya dikurangkan atau pun sekurangnya, tidak akan meningkat terlalu banyak.
  6. Kesan lain, satu bilion manusia tadi itu tidak perlu berlapar dan bolehlah menikmati makanan yang berzat kerana harga makanan lebih murah.
  7. Kawallah nafsu makan. Uruslah duit dan perbelanjaan dengan baik.
  8. Impaknya, harga makanan dikawal, boleh beli barang keperluan dengan harga yang lebih murah. Nafsu juga dikawal, mudahkan kita untuk beribadah. Selain itu, berat badan juga dikawal. Sekaligus, masalah obesiti juga mampu dikurangkan, terutama penduduk di negara-negara maju dan membangun.
  9. Yang paling penting selepas itu, hidup kita akan semakin gembira sebab makanan jadi murah, bentuk badan semakin cantik dan dapat kemanisan beribadah.
  10. Itu yang kita mahukan, betul?